aku adalah aku ..

++ i ♥ people who care bout me ++
++ i ♥ people who understand me ++
++ i ♥ people who always makes some joke ++
++ i ♥ people who neva give up of me ++
++ i ♥ people who always advise me ++
++ i ♥ people always ask me a weird question ++
++ i ♥ people who manja wif me ++
++ i ♥ people who always care fo me ++
++ i ♥ people who always spend his/her time wif me ++
++ i ♥ people who always kick me when make mistake ++
++ i ♥ people who always smile bcoz of me ++
++ i ♥ people who always listen to my problem ++



Friday, January 14, 2011

SAHABAT ... d mana permulaannya ...

Tadi aku g skola anak buah aku... G la menyibukkan diri amik report cardnya... Melihat keramaian budak budak di skola mengingatkan zaman kecil yang sudah lama aku tinggalkan. Rindu pula dengan kawan-kawan skola rendah dulu... Hmmmm... Pengertian tentang teman, sahabat, kawan, dan kenalan seakan sama sahaja pada masa itu. Maklumlah, minda belum bisa mengolah nilai sebenar sebuah perhubungan.... Usia sememangnya mengajar kita untuk lebih mengenal erti kehidupan. 
Masih ingatkan orang yang sentiasa berdampingan dengan kita masa di skola rendah? Orang yang duduk di meja sebelah, orang yang selalu kita ajak bermain bersama, makan bersama atau lebih tepat lagi orang yang selalu menemani kita? Masa tu, dialah yang kita anggap sebagai kawan sejati... 
Usia bertambah. Kawan pula semakin ramai. Masa ni la kita dapat mengenal kawan yang sentiasa bersama kita sama ada susah dan senang atau mungkin juga kawan yang makan kawan (hohoho)... Selepas melihat sendiri hati budi kawan kita tue, mulalah ada perasaan sayang dan benci antara satu sama lain.
Mungkin disebabkan jiwa remaja yang mudah memberontak menyebabkan pertimbangan kita pada masa itu kurang wajar. Dalam tidak sedar, kita mula belajar untuk menerima baik dan buruk prilaku kawan di sekeliling kita. Masa ini, terma sahabat wajar diguna pakai berbanding kawan, teman atau kenalan. Persahabatan dan percintaan semakin mengelirukan namun tidak seharusnya dipersoalkan.
Siapa pun sahabat kita, segalanya bermula dari seorang kenalan yang sentiasa menemani lantas menjadi kawan dalam perjuangan hidup dan berakhir sebagai sahabat sejati kala hati semakin sunyi. Analoginya ibarat sang bulan dan bintang yang sering melengkapi walau tidak seerti.

friendsip neva die

No comments:

Post a Comment